Khamis, 29 Disember 2011

3 Malam Tanpa Teman(1)

Sudah empat bulan aku di Azzahrah. Begitu pantas masa berlalu. Kalau nak ikutkan begitu lama aku tidak coretkan apa-apa cerita di blog ni. Selalunye aku sekadar menjadi silent reader saje. Diluar pun aku memang begini lebih suka diam daripada berkata benda-benda tak berfaedah. Sebab tu kot mereka kata aku macam takde perasaan. Orang yang lahir bulan Jun ni memang karekternye begini tak tau nak express perasaan tu macam mane. Mungkin mereka belum cukup mengenali aku.

Alhamdulillah selesai sudah tiga malam bekerja tanpa teman. Suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Macam-macam yang jadi. Tu yang tergerak nak tulis ni hehehe...

25/12/2011
Aku sepatutnya masuk pukul 8pm tapi disebabkan dah keluar berjala-jalan dengan family aku pun mintak tolong kak Zura cover aku sampai pukul 10pm. Nasib baik dia boleh tolong. Ye la sape tak nak buat OT kan hari Krismas tu. Minah ni memang gila duit. Dia sanggup nak tukar dengan aku sebab dia nak kerja double. Aku memang suka bila orang nak ambil double duty aku tu. Sebab dalam kepala aku, aku kerja ni bukan untuk cari duit semata tapi cari experience sementara nak tunggu sambung study lagi. So, aku tak kesah sangat.

Aku nervous sebenarnye nak masuk kerja malam first ni. Sorang-sorang pulak tu. Malam pertama aku bekerja dengan Dr. Ct Naazliya. Semua consult yang dia masukkan salah jadi akula kena editkan balik. Nasib baik ada buat note. Kalau tak habis semua salah, aku jugak yang kena marah dengan casheir pagi nanti. Nidzam (budak kaunter pendaftaran) ni pon bole pulak sama on night jugak. 
Haishhh...
Setiap 30min dia call tanye aku OK ke tak kat farmasi tu.... take care la konon 
buweeekkk.... 
Bila kerja sorang ni rasa cepat ngantuk dan penat. Mane taknye semua nak orang ON yang buat dari top up ubat sampai order ubat. Penat tau. Nak layan patient yang banyak ragam tu lagi.

2 pagi, aku tertunggu-tunggu kedatangan ayah dan along. Diorang janji nak datang jenguk. Tapi tak datang datang jugak. Aku dah pasrah. Tak datang pun takpe lah aku selamat kat sini.

4 pagi, tengok general queue, clear takde patient. So, aku pon pergi naik surau kat tingakat 3 nak solat isyak. Lewat kan aku solat.

4.20 pagi, ayah call tanya aku pergi mane? risau betul dia. Ayah cakap ada pt nak datang bayar kat farmasi. Menggelabah aku sebab tinggalkan farmasi tu tak inform sesape pon. Aku tahu aku salah. Nidzam sampai cari aku kat surau. Malu... malu....Nidzam cakap pt tu buat scissor tadi dan nak datang bayar. Aku rasa pelik sebab sebelum aku keluar  takde pt pon. Lagi pun system secara automatik direhatkan dari 4 pagi hingga 4.40 pagi. Jadi nak bayar macam mane???? harga pon aku tak tahu. Semuanye ada dalam komputer.
Tak lama lepas tu ada seorang lelaki datang farmasi. Dia bagi aku resit. Aku dengan blur blur tanye "Encik datang nak bayar untuk apa ye?". Lelaki tu senyum sambil perkenalkan diri dia "Saya Dr. Rouf, Anaesthesiologist kat sini". Alamak !!! dia pakar bius la. Si Nidzam ni pon satu bukan nak bagi tahu awal-awal. Malu lagi aku. Dr. ni nampak humble je dan sentiasa senyum. Seorang pt dia dapat RM800 ok. Banyak tuuu....

5.30 pagi, ayah dan along pun balik. Mereka dah mengantuk. Memandangkan takde pt aku lelapkan mata ni sekejap sampai la subuh.

7 pagi, Dr. datang ambil locum. Pt yang datang makin bertambah. Aku perlukan pertolongan!. Aku tak cukup tangan nak siapkan ubat wad. Syukur staff nurse tu memahami, dia turut membantu aku. 

8.10 pagi, Till ON lambat sikit tutup sebab aku terlupa nak asingkan RM300 untuk till pagi. Mak Weh tolong tutupkan dan kira duit tu. Duit short RM500. Pening aku fikir puncanya. Rupanya aku tersalah buat outstanding untuk pt. yang tak datang bayar kat farmasi. Lega bila dapat selesaikan masalah tu. Kalau tak mati aku nak berjawab dengan boss nanti.






1 ulasan:

r-5 berkata...

wah banyakknya liku-liku yang hang hadapi.. tak pe lagi beberapa bulan je lagi hang kerja. nanti sambung farmasi kat uitmk. afif sentiasa doakan yang terbaik untuk hang.. :)

Nidzam tu minat kat hangtu.. biasala lelaki pantang nampak dahi licin siket.. haha