Rabu, 22 Disember 2010

Kerana Aku Wanita


Kerana Aku Wanita
Pandangan Adam mampu menembus ke dasar hatiku
Ingin disayangi itu fitrah diriku
Mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

Kerana Aku Wanita
Emosiku selalu mengatasi logik akalku
Airmata teman setiaku 
Sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN...

Kerana Aku Wanita 
Aku damba pertolongan darimu Adam

Peliharalah bicaramu denganku
Jangan bermain kata denganku
Takut rosak hatiku

Kerana Aku Wanita 
Akhlakmu ukuran dimataku

Peliharalah akhlak dan imanmu
Jangan kau burukkan darjatmu
Takut rosak thiqohmu

Kerana Aku Wanita 
Maka peliharalah susunan kata-katamu
Kerana aku mudah terasa
Namun, aku bukan lemah
Sekadar ingin kau tahu, hati ini mudah tercalar

Kerana Aku Wanita 
Peliharalah dirimu dari mencemuhku
Saat titisan jernih mengalir dari mataku
Kerana itu cara untukku
Meluahkan perasaanku
Supaya hatiku tenang kembali

Kerana Aku Wanita
Aku memang sangat peka
Maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya.




Sahabat kpd Sahabat

Rabu, 15 Disember 2010

SURAT DARI SETAN UNTUK KU



Aku melihat kau kelmarin, saat kau memulakan aktiviti harian kau
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuh
Bahkan, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulakan santapan, juga tidak sempat mengerjakan solat Isha' sebelum berangkat ke tempat tidur
Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihat kau tidak mengubah cara hidup kau

Hoi Bodoh! Kau millik Aku


Ingat! kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama
dan aku masih belum bisa benar2 mencintai kau
Malah aku masih membenci kau, kerana aku benci Allah
Aku hanya menggunakan kau untuk membalas dendam aku kepada Allah
Dia sudah mencampak aku dari syurga
dan aku akan tetap memanfaatkan kau sepanjang masa untuk membalas dendam

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untuk kau dihari depan
Tapi kau sudah menyerahkan hidup kau pada aku
dan aku akan membuat kehidupan kau seperti neraka
Sehingga kita boleh bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterima kasih pada kau, kerana aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidup kau dalam masa2 yang kita jalani
Kita tonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua
Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk
Tentunya kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja

Jomlah, Bodoh..... kita terbakar bersama, selamanya
HAHAHAHA....

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita
Ini hanya merupakan surat penghargaan aku untuk kau
Aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH kerana sudah mengizinkan aku memanfaatkan hampir semua masa hidup kau
Kau memang sangat mudah diperbodohkan

HAHAHAHAHA.....

Saat kau tergoda berbuat dosa kau menghadiahkan tawa
Dosa sudah mula mewarnai hidup kau
Kau sudah 20 tahun lebih tua dan sekarang aku perlu darah muda
Jadi, pergi dan teruskanlah mengajar orang-orang muda bagaimana berbuat dosa
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda kau lagi

HAHAHAHAHAHAHA......

Jika kau cukup bijak, kau akan lari sembunyi dan bertaubat atas dosa-dosa kau
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umur kau yang tinggal sedikit
Memperingati orang bukan tabiat aku, tapi diusia kau sekarang dan tetap melakukan dosa sepertinya memang agak pelik
Jangan salah sangka, aku masih tetap membenci kau
Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH

Moga Allah merahmati kita semua...


Sahabat kpd Sahabat

Rabu, 8 Disember 2010