Rabu, 22 Disember 2010

Kerana Aku Wanita


Kerana Aku Wanita
Pandangan Adam mampu menembus ke dasar hatiku
Ingin disayangi itu fitrah diriku
Mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

Kerana Aku Wanita
Emosiku selalu mengatasi logik akalku
Airmata teman setiaku 
Sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN...

Kerana Aku Wanita 
Aku damba pertolongan darimu Adam

Peliharalah bicaramu denganku
Jangan bermain kata denganku
Takut rosak hatiku

Kerana Aku Wanita 
Akhlakmu ukuran dimataku

Peliharalah akhlak dan imanmu
Jangan kau burukkan darjatmu
Takut rosak thiqohmu

Kerana Aku Wanita 
Maka peliharalah susunan kata-katamu
Kerana aku mudah terasa
Namun, aku bukan lemah
Sekadar ingin kau tahu, hati ini mudah tercalar

Kerana Aku Wanita 
Peliharalah dirimu dari mencemuhku
Saat titisan jernih mengalir dari mataku
Kerana itu cara untukku
Meluahkan perasaanku
Supaya hatiku tenang kembali

Kerana Aku Wanita
Aku memang sangat peka
Maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya.




Sahabat kpd Sahabat

1 ulasan:

Dol berkata...

Suka sangat sajak ni~! thumbs up! :)