Jumaat, 14 Januari 2011

First time be a Dispenser

Pejam celik pejam celik dah 2 minggu aku kat kk Greentown. 
Macam2 jadi sepanjang 2 minggu jadi dispenser. 
Hari first dah kena sound ngan Kak Rupiah sebab aku x ingat Buscopan tu untuk ape? Sebenarnya bukan aku x tahu tapi nervous je lebih. 


Masuk hari ketiga aku dah ok, dah boleh filling dan dispense ubat dengan confidentnye. 
Pt memang suka nak test muka2 baru nie. 
Tanye itu tanye ini.....
Alhamdulillah bole jugak aku jawab.
Aku x sangka aku ni jadi tempat meluahkan perasaan baik drpd pt mahupun staff sendiri. 
Ada pt yang datang cakap kat aku "staff kat dalam tu kerek la, tanya sikit pon nak marah2". 
Agak tersentap jugak bila pt meluahkan ketidakpuasan hati kat aku. 
Aku hanya mampu cakap kat pt macam ni "diorang tgh sibuk dan mungkin tengah tension tu....sorry la ye". 
Ada sorang lagi aunty ni dia cakap takut nak bagi prescription kat kaunter aku sebab pernah kena marah dulu sebab tersalah bagi. 
Alahai Aunty 
Saya x marah orang lo...


Kak Rupiah walaupun garang, dia dah banyak bagi tunjuk ajar. 
Dia jugak yang back up aku masa budak 2 orang yang jaga nombor tu dok bagi prescription banyak2 kat kaunter 3.
Diaorang buat aku macam aku ni dah expert sangat. 
Padan muka kena marah. Hahahahaha...
Lagi sekali Kak Rupiah back up aku bila Mr. Chiew complain kaunter 4 dah dispense banyak.
"Mr. Chiew memang la expert, dah lama keje... patut dah pencen pon nak keje lagi. Trainee baru lagi, memang la slow sikit."
"Kalo nak banyak complain x payah keje duduk je rumah".
Kak Rupiah rupa-rupanye sporting jugak orangnye. Siap bagi makan kek ngan pulut panggang yang dia beli kat cafe tu.
Selamba je kitaorang makan sementara nak dispense. Buat alas perut.
Mana x nye masok keje pukul 7.30 pagi, mana sempat aku nak breakfast.


Mdm Cheong pon banyak beri tunjuk ajar.
Sangat ramah dengan pt. 
Tapi x sangka ada masalah dengan staff.
Suka tengking2 orang.
Tak boleh la orang buat silap sikit.
Dia je yang betol.
Ah itu aku x nak masuk campur.
Aku sedia menjadi pendengar luahan hati Kak Munah.
Pada aku kita patut respect each other x kira la orang tu tua atau muda drpd kita.
Tak perlulah nak marah x tentu pasal.


Kak Munah sangat baik hati.
2nd week dispense aku dah sore throat.
Batuk sampai hilang suara.
Tengah2 cakap ngan pt. bole pulak hilang suara aku.
Malu siot.....
Kak Munah la yang tolong aku dispense.


Syok nye keje farmasi ni.....
kalo sakit x payah susah susah jumpa Dr.
makan je ubat kat situ.
Aku pun makan la PCM + EES + Syr Benadryl.
Antibiotic tu sepatutnya kena makan sampai habis tapi aku x makan habis pon....
Masa dispense pandai pulak aku suruh pt. makan sampai habis bila kena kat diri sendiri x reti nak habiskan dan sekarang ni dah kena flu la pulak.
Meleleh je hingus ni ha....
Tambah lagi kena makan ubat piriton dan vit. c.


Hari ni last day aku dispense.
Dah sayang pulak nak tinggalkan kaunter 3 tu...
Suka bila pt ucapkan good morning....assalamualaikum....terima kasih
Suka bila dapat main ngan baby comel
Suka ada pt belikan newspaper
Kena ngorat ngan pt 
hehe....
Kena marah ngan pt
x kesah pon....
Sukala tengok pt yang macam2 ragam ni.
Next week, aku screening pulak plus jaga nombor macam budak 2 orang tuuuuu
Harap2 semua berjalan dengan lancar dan baik2 saje.
Moga Allah permudahkan urusanku.
Amin.