Selasa, 29 Jun 2010

My First Day...

Hari ni hari pertama aku masuk kerja (practical).
First day lagi punch card kitaorang dah merah...
ye la... mana tak nye tak inform pon kat surat tu nak kena kumpul kat mane????
aku ngan Iffni beria la tunggu kat OPD.
Rupa-rupanya kena pegi kat Farmasi Bekalan Wad.
Tapi tak kesahlah sebab member lain pon datang lambat jugak...
Mdm Helen pon tak marah sebab hari ni first day kami.
Mula-mula En.Krish buat sedikit orientasi kpd kami semua
sampai kafeteria pon dia bawak masok
hahahahaha....
itu pon nak bagitau ke.
Masa di OPD, bole kata 99.9% la perempuan dan hanya pegawai farmasi saje yang dibenarkan dispense drug kpd patient. Majoriti pegawai kat situ adalah cina.
Selepas orientasi, aku ditugaskan untuk pergi buat external preparation di Manufacturing.
En.Stainly dan En.Faiz yang jaga aku kat situ. Kat sini ramai sikit kaum adam. Diorang suruh panggil 'abang' jangan panggil encik ke.... tuan ke....
tau...
ok ^_^
panggil je la abg walaupun aku segan sikit.
Kat sini aku belajar buat cream dan lotion.
Apa yang aku belajar kat lab dulu memang lain dengan apa yang aku belajar hari ni. Macam-macam teknik yang abg Faiz ajar yang tak diajar oleh lecturer dulu.
Staff kat sini very friendly and helpful.
Diaorang tak sombong dan boleh buat kawan jugak...
Senior dari MSU (Kak Aisyah) pon banyak bagi tunjuk ajar kat aku.

Ni just nak remind balik apa yang aku belajar tadi....
Tadi buat
Bethametasone cream
Chlorhexidine lotion
Syrup Baclofen
Syrup....????
lupa pulak namanye ish...
tak pe esok recheck balik kat white board yang abg Faiz tulis tadi.

to be continue....

Selasa, 22 Jun 2010

21 Jun 2010

Mulai pada hari ini, saat ini, dan ketika ini maka tamatlah perjuangan aku di sem 4....
dan pada hari ini juga kami dipisahkan buat seketika untuk practical huk3...sedihnye...
tadi pun ramai member yang nangis...sebak kot. 
Tapi aku tak la....tolong ar nak nangis2 ni gedik kowt!!!
masing-masing minta maaf, ye la kot2 ada wat salah silap tanpa kita sedari, ada wat orang kecik ati ke kan...
Pada aku tak de benda nak ditangiskan sebabnye kan ada fb...ym....blog...macam2 lagi la kita boleh contact,
walau jauh dimata tapi tetap dekat dihati...betol tak?.
Kalau ada yang rindu aku tu calling2 la ye hehehe...nak chat kat fb pon bole...
Apa pun tujuan utama kita adalah untuk membantu pesakit, membantu masyarakat disamping menimba ilmu dari pengalaman...
bukannye untuk melaram atau ngorat doctor kat sane...
Ingat... don't noty2!!!.

Lepas habis exam aku terus ambik teksi pegi ktm beli tiket balik esok...
Alhamdulillah ada tiket terus ke kajang. Mulanye cam malas je nak balik kajang... 
ingatkan nak dok ngan opah je cuti seminggu nie tapi tak pe la balik jugak la....
ibu ayah dah panggil soh balik...
Lama kowt aku tak balik kajang
rindu pulak rasanye...
Malam nie nak kemas2 ar ape yang patut pas tu nak layan citer korea 'Boys Over Flower'
Dengan sape???
Sorang2 suda...
budak2 rumah aku ni layan diri sendiri je tak campor hal orang....
ermm...
Lee Minho
i miss u...
hahahahaha....

Isnin, 14 Jun 2010

Umat Islam Hari Ini Ibarat Bani Israel di Zaman Musa

Kecoh dan heboh jadinya umat Islam di seluruh dunia apabila kapal bantuan Mavi Marmara yang merupakan salah sebuah daripada kapal-kapal yang memuatkan bantuan kepada rakyat Palestin diserang oleh Zionis-Israel. Setakat ini dilaporkan 19 maut dan 30 orang tercedera apabila komando Israel menyerang Flotila (kumpulan kapal bantuan) yang membawa 10,000 tan bahan bantuan dan 700 aktivis kemanusian pelbagai bangsa dan negara.

Reaksi umat Islam sudah dijangkakan, mesyuarat tergempar, kutukan terhadap Israel dan demonstrasi jalanan secara aman yang akan terpaksa dihadapi oleh pihak kedutaan Israel di seluruh dunia.

Reaksi ini sudah dijangkakan oleh Israel dan mereka sendiri cukup bergembira dan bersenang hati melihat umat Islam bertindak sedemikian.

Ibarat menonton rancangan Sarkas, lucu melihat monyet yang terkinja-kinja bising apabila diusik.

Ini adalah rutin dan Israel menghadapinya dengan bersenang hati.

Umat Islam bersifat seperti bani Israel

Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran, menceritakan kepada kita tentang kisah Musa apabila beliau berkata kepada bani Israel : “Wahai kaumku, masuklah kalian ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut kepada musuh), maka kamu akan menjadi orang-orang yang rugi.” (Al-Ma’idah : 21)

Maka umat bani Israel di waktu itu menjawab kepada Nabi Musa as dengan berkata : “Mereka berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar daripadanya. Jika mereka keluar daripadanya, pasti kami akan memasukinya." (Al-Ma’idah : 22)

Maka Allah memilih untuk menjadikan di antara mereka golongan yang masih beriman dan yakin dengan berkata : “ Berkatalah dua orang diantara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka bila kamu memasukinya nescaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman." (Al-Ma’idah : 23)

Namun umat bani Israel di waktu itu menjawab :

“Mereka berkata: "Wahai Musa, kami sekali sekali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada di dalamnya, kerana itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya akan duduk menanti di sini saja." (Al-Ma’idah : 24)

Inilah sikap bani Israel di waktu itu yang pengecut dan bacul yang telah berpindah dan berjangkit kepada umat Islam hari ini apabila kita semua telah diracuni oleh racun al-wahn.

Apakah racun Al-Wahn itu ?

Daripada Sauban r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :“Sebentar lagi akan datang umat-umat yang akan berkerumunan (untuk memperbutkan) kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan. Maka seorang bertanya: Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit? Baginda s.a.w menjawab : Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesunguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah al-Wahn? Baginda menjawab : Cinta kepada dunia dan takut mati” (Hadis riwayat Abu Daud)

Kita masing-masing mengalih kepada satu sama lain dan menanti orang lain untuk pergi membantu Palestin dan kita biarlah duduk di belakang membantu secara selesa.

Lebih lucu, ada sekelompok kecil umat Islam hari ini, kelompok tersisih yang merasa diri mereka suci dan terjamin syurga kerana menyangka jalan mereka ialah jalan yang satu daripada 73 jalan menganjurkan supaya umat islam di Palestin berpindah sahaja keluar dari situ ke negara-negara lain.

Ini saranan yang cukup menunjukkan sikap sebenar mereka yang lebih mencintai kefasikan dan kekufuran berbanding Islam. Sekaligus menguatkan sangkaan bahawa operasi dakwah mereka di sekitar tanah arab dan asia tenggara yang kemungkinan dibiayai oleh Zionis.

Mereka berpendapat isu Palestin bukanlah isu agama, umat Islam tidak perlu bersorak dan menghabiskan masa ke sana sebaliknya harus menumpu ke kelas-kelas agama milik ustaz mereka dan mendengar leterannya tentang bid’ah dan Islam tafsiran mereka.

Cukup ajaib golongan ini apabila mempromosikan ketaatan kepada pemerintah sekular secara mutlak di atas nama sunnah. Tetapi apabila pemerintahan beralih arah kepada pemerintahan Islam suatu hari nanti maka anda akan menyaksikan pembelotan mereka apabila merekalah golongan yang pertama sekali akan mengundur diri daripada soff-soff umat Islam di atas alasan pelbagai yang akan direka oleh guru mereka.

Berkata Musa: "Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu."(Al-Ma’idah : 25)

Semoga Allah menetapkan kita bersama orang yang beriman yang yakin dan bertawakal kepada Allah SWT.

Jika anda yakin bahawa dakwah baginda telah sempurna, jadikanlah mati anda di jalan Allah.

Allah Swt berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.”(Yusof : 111)



Ustaz Emran Ahmad
http://ustaz.blogspot.com

Jumaat, 4 Jun 2010

Renung-renungkanlah

Cuba hayati kisah ini

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, rasanya baru semalam mak peluk kita kan
sejuk syahdu masih terasa lagi ini....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang
nakal ni sejak kita dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....

Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak pernah buat begitu.....
lepas itu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....
kengkadang siaran indonesia... mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
lepas itu mak jemur karpet-karpet. ..
lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat lain..

mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bagitahu kat mana semua duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar...
kita kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak saja...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak
tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kita sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pergi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kita berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut saja..
Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil...
tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun
sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak
ke hospital.... .

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sihat...
kami sayang mak...
kami tak mahu mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami ye mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama
dan terakhir kali mak naik kereta kita...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kita kata nak
beli kereta....
Mak asyik tanya saja..cukup ke duitt..
kita jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kita sampai.....
mak buat kenduri kesyukuran.. ...
Dan kita masih ingat lagi...bila kita eksiden terlanggar kelinng naik motor.....
Punya la kita takut...
kita warning kakak kita jangan sesekali bagitahu kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya Kenapa...?
Selamba saja kita jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kita menipu mak kan ...ampon kan kita....

Jaga-jaga air mata..

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba saja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasaan...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong....sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...
terasa syahdu dan sayu begitu...dinginnnn. ...

Mak.....
kita masih ingat lagi...
kita baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
kita gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat begitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata begitu...
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kita tulis.....
kita nangis ni.....
Ni kat dalam bilik...baru pukul 4.00 pagi....
tak ada orang yang bangun lagi.....
kita dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kita sedih...kita rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kita baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya...!

Mak.....
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buatkali terakhir....
Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja...
Mak rasa tak....masa tu kita sentuh dahi mak....
kita rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
kita tak mampu nak cium mak...kita tak daya....
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kita tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
Makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak seorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kita baca yassin dengan kawan-kawan. ...
entah Kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak
lepas itu apa lagi...
semakin kita tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kita cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
kita rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong...
kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kita...
Akak kata..." tak baik laa nangis saja..doa lah untuk mak..
nanti kalau gini saja mak yang susah kat sana .."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak2 nya... Wallahualam...
Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu
menjelma...hanya sedekah Al-fatihah kita berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kita yang bawak mak naik motor kan...
kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat ini...
lepas itu kawan kita bagitahu...
simpan saja buat kenangan..
kita cuma tau alamat ni saja...
tak mengapa k mak...kita kasi orang lain baca...
kita stop dulu...

sebab kawan kita dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan
jutaan terima kasih kerana membesarkan kita...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk universiti..
sampai kita boleh rasa naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas..
Sekian terima kasih.


ibuku,

Roshanim Binti Abdul Rani

Hargailah jasa ibu. Kalau ada yang merajuk dengan ibu, usah egokan diri, pergi mintak maaf, ibu buat apa yang terbaik untuk kita dan tak fikir untuk kecikkan hati kita, dia tak sengaja.
Sayangilah ibu korang selagi korang berpeluang menyayanginya.

Bahagiakanlah ibu korang sehingga ke akhir hayatnya sebagaimana ibu korang membahagiakan korang sejak kecil hingga dewasa.

Sesungguhnya, syurga berada di tapak kaki ibu.