Selasa, 18 Mei 2010

Sweet Memory ^_^

Tiba-tiba aku rasa rindu pulak kat adik Kimi ngan Ajal. Adik apo kabo? sihat ke? camne blajo kat sekolah? rindu Kak Zi tak? Kak Zi rindu sangat kat korang^_^... kalo la aku ni ada kereta boleh gak gi sana tengok diaorang. Sape diaorang ni ??? Ha..ni nak kabo la ni...

Kita orang kenal masa dak2 pharmacy sem4 buat friendly visit ke Rumah Anak Yatim Nurul Huda Chemor,Perak. Even kenangan ni dah basi, kenangan ni la yang sangat bermakna dan tak dapat dilupakan. Adik Kimi (8thn) dan Ajal (13thn) dibawah group jagaan aku bersama Guan, Qiau Wei dan Kefilwe. Family Ajal ada lagi tapi disebabkan family Ajal orang susah Ajal dihantar kat situ... Kimi pulak.. aku pun tak pasti sebab dia pun tak tahu??? Kimi budak bijak, petah bercakap, dia boleh jawab soalan matematik budak darjah5... hermmm....hebatkan. Cita2 Kimi bila beso nanti nak jadi cikgu. Kat bawah ni aku ada letak gambo2 aku ngan teman2 masa kat sana. So, korang usha la ek.. Sebelum tu aku nak ucap 'terima kasih' la kat Ejah ngan Basirah sebab jadi photographer kat sana. Gambo yang korang tangkap ni aku nak share ngan member2 kat blog aku. Boleh an??kalo tak boleh pun aku nak letak gak...hehehe...


Nurul Huda Orphanage House Chemor,Perak
13 March 2010





Posing maut...@_@


Adik Kimi (Zulhakimi)^_^



Khamis, 13 Mei 2010

CINTA ke....SUKA je....???

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.


Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.

Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.


Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.

Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.


Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.

Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.

Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.


Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.

Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.


Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.

Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.


Perasaan cinta bermula dari kata.

Perasaan suka bermula dari telinga.


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berubah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

nuQman
Cinta vs. Suka
www.iluvislam.com

Bila aku baca artikel ni baru aku tahu yang selama ni aku hanya suka pada dia je. Aku belum ada rasa Cinta lagi. Aku masih mencari, menunggu dan terus menunggu Cinta seorang Adam. Tapi, tak salahkan untuk aku suka pada dia asalkan aku tahu menjaga batas-batas pergaulan. Bak kata pepatah melayu, " Tak Kenal Maka Tak Cinta ". Apa pun aku kan terus berdoa agar Allah menemukan aku dengan Cinta yang tulus dan ikhlas, menerima aku seadanya bukan kerana aku ni cantik ke... comel ke... tapi apa yang kurang pada aku ada pada dia. Sesungguhnya hanya Cinta kepada Allah saje yang hakiki kekal abadi selamanya. ' Love for Allah ' !!!

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..."

(ayat 216: AL-BAQARAH)